Burung merpati terbang melayang
Singgah sebentar dipohon meranti
Rindu hatiku bukan kepalang
Wajahmu tuan termimpi-mimpi
Dari mana punai melayang
Dari sawah turun ke padi
Dari mana datangnya sayang?
Dari mata turun ke hati
Bunga rampai di dalam puan
Buluh perindu di atas gunung
Adakah sampai kepadamu tuan?
Rindu kekanda tidak tertangung
Berkurun lama pergi menjauh
Wajah kulihat di dalam mimpi
Kalau dah kasih sesama sungguh
Kering lautan tetap ku nanti.
Ayam disabung jantan dipaut
Jika ditambat kalah laganya
Asam di darat ikan di laut
Dalam belanga bertemu jua
Gunung tinggi dilitupi awan
Berteduh langit malam dan siang
Bila adik mengirimkan pesan
Hancur seluruh sendi abang
Tuesday, 12 July 2011
10 pernipuan besar israel
Wartawan Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.
Michel Collon
Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara Zionis itu.
Penipuan itu adalah:
1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.
Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskanKongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.
Kongres Zionis Pertama di Basel
Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.
Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.
2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi.
Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.
“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel, termasuk Shlomo Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku.
Shlomo Sand
“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba.
“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya.
Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.
Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.
“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina negara,” katanya.
3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya.
Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.
Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.
4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela.
“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.
Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada dakwaan palsu berkenaan.
Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, sepertiBenny Morris dan Ilan Pappe.
“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.
Warga Palestin dihalau secara besar-besaran pada 1948
Perkampungan Palestin yang ditinggalkan
5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan.
Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar undang-undang, malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.
“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.
“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.
Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan manusia’.
“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.
6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel.
Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.
“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,” katanya.
AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.
7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin.
“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.
Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.
Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan menyokong mereka secara kewangan.
Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.
8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit.
Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel.
“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit, tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.
“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.
9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan.
Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.
10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin.
Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.
“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.
Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.
“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya.
Saturday, 9 July 2011
As we walk
I select a heartbeat from amongst the stars
Kiss the silken jewel drops as they sparkle with love
It’s in my hands
It’s in my heart
That I hold you
Night and day my passion possesses you alone
My spirit covers your air in realms of sweet ecstasy
It’s in my visions
It’s in my always
That I hold you
As we walk between the shadows
Hand in hand
A knowing smiles passes our lips
Skin on skin
This desire we breathe in
It is our own
Free to roam
I hold your soul as I’ve never held anyone
As precious as a dandelion soon to partake of the breeze
It’s in my whispers
It’s in my words
That I hold you
The fire of our spirits walks among trees
Will never disappear as it flows a fiery course in our veins
It’s in my blood
It’s in my bones
That I hold you
Friday, 8 July 2011
[Taktik] Daging Lembu Palsu Diperbuat Daripada Daging Babi
Salam semua,
Satu kiriman email dari salah seorang rakan blogger aku tentang taktik daging palsu daripada daging babi. Terkejut jugalah dengar, so kena-hati2..
Bab isu makanan HALAL & HARAM ni aku memang pantang kalau ada orang cuba buat niaya dengan kaum muslim ni..
China ni memang pandai kalau bab-bab menipu ni semua...
Samada benar atau palsu dakwaan diatas kita sebagai umat islam seharusnya sentiasa berhati2 dengan bab isu halal haram ni.
Dunia semakin canggih.. penipuan pon semakin banyak.. so berhati-hatilah sentiasa.
penyakit masa kini..

Assalamualaikum.
Sekarang ni tengah heboh orang cerita pasal satu wabak bakteria yang merbahaya dan boleh mendatangkan maut. Setakat hari ini daripada pembacaan aku, masih tiada sebarang antidot atau cara untuk membunuh bakteria ini. Jadi boleh dikatakan ianya sangat merbahaya, mudah-mudahan bakteria ini tidak sampai ke bumi Malaysia yang mana boleh mengancam kita semua.
Wabak bakteria ini ialah E.Coli atau nama saintifiknya Escherichia Coli adalah sangat merbahaya dan kini telah merebak di Eropah. E.Coli yang dijumpai adalah jenis baru. Jangkitan di Eropah itu bermula di Jerman dan sehingga kini 10 negara di Eropah telah mengalami serangan bakteria tersebut. Manakala menurut pihak berkuasa perubatan Jerman pula wabak itu berpunca dari timun organik yang ditanam di Sepanyol yang kemudiannya memperbetulkan dengan menyatakan sayur-sayuran yang ditanam di negara itu yang tercemar menjadi punca utama penyakit tersebut.
Berikut adalah sedikit petikan akhbar tentang bakteria ini:
Apa itu wabak/bakteria E.Coli : Bakteria baharu yang cepat berjangkit dan amat beracunJangkitan bakteria E.coli yang melanda Jerman dan merebak ke Eropah berpunca daripada jenis E.coli yang baharu, kata sepasukan saintis China selepas mereka menganalisis bakteria berkenaan. Pasukan saintis berkenaan berkata, wabak tersebut yang membunuh 17 orang dan menyebabkan 1,500 lagi jatuh sakit di sepuluh buah negara Eropah yang pada mula disangkakan berpunca daripada sayuran-sayuran adalah kebal terhadap beberapa jenis antibiotik.“E.coli ini adalah jenis bakteria baharu yang cepat berjangkit dan amat beracun,” kata pasukan saintis di Institut Genom Beijing di bandar Shenzhen, selatan China yang berkerjasama dengan pasukan saintis Jerman untuk mengenal pasti bakteria tersebut.Bakteria yang menjadi punca wabak penyakit itu dikenali sebagai E. coli iaitu pengeluar racun Shiga (STEC). Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Aphaluck Bhatiasevi berkata, WHO sedang menanti lebih banyak maklumat hasil kajian makmal ke atas bakteria itu.“E.coli jenis ini belum pernah dilihat dalam situasi wabak seperti ini,” katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Sepanyol mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung krisis tersebut. Sepanyol menuntut gantirugi AS$287 juta (RM863 juta) seminggu kerana kehilangan jualan dan risiko 70,000 orang hilang pekerjaan sejak krisis itu bermula pada minggu lalu.Sebelum ini, pihak berkuasa perubatan Jerman mendakwa wabak itu berpunca daripada timun organik yang ditanam di Sepanyol tetapi ia kemudian membetulkan maklumat tersebut dengan menyatakan sayur-sayuran yang ditanam di Jerman yang tercemar dengan bakteria berkenaan sebagai punca utama penyakit.Bakteria E.coli jenis baharu itu boleh membawa maut terutamanya apabila ia menjangkiti darah dan ginjal dan boleh menyebabkan cirit-birit berdarah. Pakar-pakar kesihatan kini menasihatkan orang ramai yang pergi ke Jerman supaya mengelak memakan buah tomato mentah, timun dan salad.Pihak WHO juga menyatakan ia sudah dimaklumkan mengenai kes tersebut yang turut berlaku di Austria, Denmark, Perancis, Belanda, Norway, Sweden, Switzerland dan Britain.“Sesiapa yang pulang dari Jerman dengan mendapat sakit termasuk cirit-birit berdarah sepatutnya mendapat rawatan perubatan dengan segera,” kata Agensi Perlindungan Kesihatan Britain. – Agensi
Dinasihatkan sekiranya rakyat Malaysia yang baru pulang dari Jerman yang mengalami simptom penyakit E. Coli perlulah mendapatkan rawatan perubatan dengan segera. Juga pada mereka yang baru pulang dari luar negara dinasihatkan mendapatkan khidmat doktor untuk mengesan sekiranya terdapat simptom-simptom akibat daripada jangkitan bakteria ini. Antara simptom penyakit E.Coli ialah:
1. Kekejangan pada bahagian abdomen
2. Muntah
3. Cirit birit berdarah
4. Keletihan dan dihidrasi kerana kehilangan air dalam badan
2. Muntah
3. Cirit birit berdarah
4. Keletihan dan dihidrasi kerana kehilangan air dalam badan
Sekiranya ia tidak dirawat dengan segera penyakit ini boleh mendatangkan maut akibat kehilangan air yang banyak dalam tubuh badan. Gejala atau simptom penyakit E.Coli biasanya muncul antara 3 hingga 8 hari dan kebanyakannya pesakit akan sihat kembali dalam tempoh 10 hari. Penyakit ini juga dikatakan boleh menjadi lebih serius sekiranya berlaku kepada penghidap penyakit ginjal ataupun pada kanak-kanak.
Mudah-mudahan kita semua bebas daripada wabak bakteria ini. Wallahualam…
Foto Video CD Karaoke: Scorr-Sudikah Kau Menjadi Kekasihku
Foto Video CD Karaoke: Scorr-Sudikah Kau Menjadi Kekasihku: "Ingin Aku Meluah Rasa Tapi Hati Terasa Malu Ingin Aku Jadi Teman Mu Agar Dapat Hidup Bahagia Bersama Aku Suka Cara Diri Mu Pandai Sungguh K..."
Subscribe to:
Posts (Atom)







