Sunday, 17 July 2011

Perbezaan RXZ 5 Speed,RXZ Energy,RXZ Millenium,RXZ Boss dan RXZ Catalyzer


Inovasi daripada pembikinan Boss adalah Catalyzer.Oleh itu terdapat perbezaan ketara antara kedua-dua motosikal ini sesuai dengan perkembangan zaman dunia permotoran.RXZ Catalyzer direka untuk memenuhi nilai estetika yang diingini oleh pengguna.Disini akan dibincangkan perbezaan antara kedua-dua motosikal ini.


1. Cover set

Perbezaan ketara antara Boss & Catalyzer adalah cover set.Boss direka sesuai dengan peredaran zaman dahulu dimana kebanyakan kenderaan direka dengan lampu bulat dan petak sahaja.

RXZ catalyzer direka seolah-olah ikan jerung dan kelihatan garang sesuai dengan prestasi enjinnya.





1st Model Catalyzer




2nd Model Catalyzer

Catalyzer the Boss




Catalyzer Still the Boss


RXZ Millenium dan Boss mempunyai reka bentuk yang sama tetapi pemilihan warna yang berbeza.RXZ millenium menggunakan cover set 2 warna (perbezaan warna set depan dan belakang) manakala RXZ boss direka dengan 1 warna (depan sampai belakang).




RXZ Millenium


RXZ Boss


RXZ Boss


RXZ Energy lebih dikenali sebagai RXZ Narong.Rekabentuk sama seperti Boss dan Millenium tetapi perbezaan warna terdapat pada kiri dan kana motosikal.Sukar utk menjelaskan perbezaannya.Tetapi gambar dibawah boleh memberikan keterangan yang jelas.





RXZ Energy


RXZ Energy


RXZ 5 Speed pula mempunyai fairing yang lebih kecil berbanding RXZ Boss dan Millenium.Perbezaannya hanyalah pada fairing sahaja.



RXZ 5 Speed


RXZ 5 Speed


RXZ 5 Speed


Disini ada satu lagi jenis RXZ yang diberi jolokan RXZ Yahoo.Kurang pasti dimana asalnya tetapi telah menjadi kegilaan para pencinta RXZ Boss.Set ori nya dijual dengan harga mencecah RM1600 full set.mahal glerr lerr



RXZ Yahoo


2. Enjin


Pada pendapat saya,catalyzer mempunyai ketahanan enjin yang paling baik (dalam keadaan standard tanpa mengubah mainjet).Ini kerana carburator catalyzer mempunyai 2 rongga minyak yang berfungsi membekalkan minyak secukupnya pada kelajuan yang tinggi dan penjimatan minyak pada kelajuan rendah.







2 comments:

  1. saya berminat nk tahu tp sayangny still xdapat beza antara catalyzer 1,2 and boss. apa beza 3 3 tu...

    ReplyDelete
  2. nanti kalu dah reply inform kt my blog k..

    ReplyDelete