Monday, 8 August 2011

10 sifat wanita yg disukai oleh lelaki



Jika nak dihitungkan Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki amat banyak. Meskipun banyak pendapat dan permintaan. Sikap wanita yang asas jika diterapkan, sudah memadai bagi seorang lelaki menghormati seorang wanita itu. Ikutilah senarai sikap asas wanita kami..

10 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki



Sikap Keanak Anakkan

Sikap keanak anakkan dan manja menjadi satu tarikan , asalkan ia tidak sampai menjengkelkan. Wanitayang ceria yang membuatkan lelaki ashik memerhatikan lakunya, sudah pasti membuat lelaki ghairah untuk lebih mengenalinya.

Sikap Memahami

Sikap wanita yang memahami membuatkan lelaki berasa dihargai. Sikap ini terpancar apabila wanita itusering memaafkan dan sentiasa menunjukkan perasaan yang prihatin.

Pandai Menghargai

Antara sikap yang penting yang perlu ada, ialah pandai menghargai. Wanita yang menghargai apa jua dilakukan atau diberikan oleh lelaki. Wanita sebegini juga pandai mengambil hati lelaki, kerana dia sentiasa bersyukur apa yang ada padanya.


Menjaga Penampilan

Sudah pasti lelaki tertarik kepada wanita yang menjaga kebersihan dan pandai menjaga penampilannya. Sikap ini menunjukkan bahawa wanita itu ialah seorang yang rajin. Bonus, jika wanita itucantik dan sejuk apabila mata memandangnya.


Pandai Berkomunikasi

Lelaki amat suka jika wanita itu pandai berkomuikasi. Kelebihan sebegini menunjukkan wanita itu seorang yang lincah dan cergas. Ia mampu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja serta dapat memberi respon yang membuatkan rakan bualnya teruja untuk berkomunikasi


x tau la kowng nk yg mcm mn ag...tp yg ni la perkara yg disukai lelaki :)

Thursday, 4 August 2011

Isi Borang Untuk Kerja Kosong

Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.


Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secre
tEmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very highGrade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??
lain sruh bt lain dia isi..hahaha

Wednesday, 3 August 2011

surat noordin mat top kepada Marshanda




Marshanda yang lagi nangis dicari disana dan disini.
Dan di keremangan malam, Bang Noordin menorehkan tinta. Menulis surat.
Untuk Marshanda. Dek Chacha terchintha.
“Abang akhirnya bisa nemu warnet, Dek. Abang liat video Adek. Ngomongin Abang. Iya kan? Video ‘For Ex Boyfriend’ itu buat Abang kan, Dek?”
“Adek, Abang masih hidup. Ndak usah Adek bersedih begitu.”
“Yasudahlah, cinta kita memang harus berakhir. Abang tau Adek dendam pada Abang. Tapi Abang memang harus punya banyak istri, Dek. Demi cita-cita Abang, Dek..”
“Tentang Adinda Mutiara Sabila, kalo Adek memang masih marah, kirim saja alamatnya, Dek. Abang bisa suruh anak buah bantu pasang sekerat dua kerat bom di rumah temen SD Adek itu.”
“Dan tentang Muhammad Dafi Widodo, kok Adek ndak pernah cerita sih? Kalo ada lelaki yang pernah meng-insult Adek (eh, insult itu apa tho Dek, artinya?), biar Abang yang turun tangan sendiri.. Kalo perlu nanti eksekusinya Abang panggil tayangan eksklusip dari tipi-tipi terkemuka itu, Dek..”
“Adek, kemaren Abang dikejar-kejar Densus. Abang sembunyi di ladang jagung. Ah. Serasa ada rambut Adek dimana-mana..”
“Abang juga minta satu hal kepada Adek. Adek sebaiknya pura-pura sakit. Atau gila. Biar Adek ndak diperiksa polisi. Abang ndak mau Adek dikarungin lalu disetrum-setrum sama polisi. Janji ya, Dek..”
“Salam peluk cinta.”
“Dari calon pengantin bidadari. Bang Noor.”
Lembar kertas diamati.
Dikecup. Dilipat.
Dan dimasukkan amplop.
Menunggu dikirim.
hahaha....mcm haram jadah je..hahaha

Sunday, 17 July 2011

Perbezaan RXZ 5 Speed,RXZ Energy,RXZ Millenium,RXZ Boss dan RXZ Catalyzer


Inovasi daripada pembikinan Boss adalah Catalyzer.Oleh itu terdapat perbezaan ketara antara kedua-dua motosikal ini sesuai dengan perkembangan zaman dunia permotoran.RXZ Catalyzer direka untuk memenuhi nilai estetika yang diingini oleh pengguna.Disini akan dibincangkan perbezaan antara kedua-dua motosikal ini.


1. Cover set

Perbezaan ketara antara Boss & Catalyzer adalah cover set.Boss direka sesuai dengan peredaran zaman dahulu dimana kebanyakan kenderaan direka dengan lampu bulat dan petak sahaja.

RXZ catalyzer direka seolah-olah ikan jerung dan kelihatan garang sesuai dengan prestasi enjinnya.





1st Model Catalyzer




2nd Model Catalyzer

Catalyzer the Boss




Catalyzer Still the Boss


RXZ Millenium dan Boss mempunyai reka bentuk yang sama tetapi pemilihan warna yang berbeza.RXZ millenium menggunakan cover set 2 warna (perbezaan warna set depan dan belakang) manakala RXZ boss direka dengan 1 warna (depan sampai belakang).




RXZ Millenium


RXZ Boss


RXZ Boss


RXZ Energy lebih dikenali sebagai RXZ Narong.Rekabentuk sama seperti Boss dan Millenium tetapi perbezaan warna terdapat pada kiri dan kana motosikal.Sukar utk menjelaskan perbezaannya.Tetapi gambar dibawah boleh memberikan keterangan yang jelas.





RXZ Energy


RXZ Energy


RXZ 5 Speed pula mempunyai fairing yang lebih kecil berbanding RXZ Boss dan Millenium.Perbezaannya hanyalah pada fairing sahaja.



RXZ 5 Speed


RXZ 5 Speed


RXZ 5 Speed


Disini ada satu lagi jenis RXZ yang diberi jolokan RXZ Yahoo.Kurang pasti dimana asalnya tetapi telah menjadi kegilaan para pencinta RXZ Boss.Set ori nya dijual dengan harga mencecah RM1600 full set.mahal glerr lerr



RXZ Yahoo


2. Enjin


Pada pendapat saya,catalyzer mempunyai ketahanan enjin yang paling baik (dalam keadaan standard tanpa mengubah mainjet).Ini kerana carburator catalyzer mempunyai 2 rongga minyak yang berfungsi membekalkan minyak secukupnya pada kelajuan yang tinggi dan penjimatan minyak pada kelajuan rendah.







Tuesday, 12 July 2011

katak berwarna tiruan menjadi kegilaan di china

Katak Berwarna Tiruan Menjadi Kegilaan Di China


Sama seperti ikan emas bertatu dan kura-kura hidup dalam rantai kunci, katak berwarna tiruan kini menjadi satu lagi kegilaan di kalangan rakyat negara China.
Ia bukanlah sesuatu yang baru dan telah mula dijual sejak beberapa tahun lalu, walaupun terdapat aduan daripada aktivitis haiwan dan amaran daripada pakar kebajikan haiwan.
Bagi kebanyakkan orang, katak adalah haiwan yang tidak menarik dan tidak menceriakan. Disebabkan itu, ada pihak tertentu di negara China memutuskan untuk menambahkan warna kepada haiwan berkenaan melalui teknologi moden.
Dengan menggunakan pelbagai peralatan dan teknik, termasuk laser dan bahan kimia industri dalam jumlah besar yang mampu diserap oleh kulit, mereka mencipta katak berwarna-warni.
Warna-warna yang digunakan adalah cerah dan boleh bertahan sehingga 4 atau 5 tahun.
Atas beberapa sebab tertentu, ramai orang China kelihatan menyukai katak berwarna dan permintaan adalah sangat tinggi di negara berkenaan.
Malah sesetengah orang membelinya sebagai haiwan peliharaan untuk anak-anak mereka, dan para vendor mengatakan bahawa orang ramai “suka warna-warna cerah kerana ia sangat menceriakan”.

untuk mu sygku

Burung merpati terbang melayang
Singgah sebentar dipohon meranti
Rindu hatiku bukan kepalang
Wajahmu tuan termimpi-mimpi

Dari mana punai melayang
Dari sawah turun ke padi
Dari mana datangnya sayang?
Dari mata turun ke hati

Bunga rampai di dalam puan
Buluh perindu di atas gunung
Adakah sampai kepadamu tuan?
Rindu kekanda tidak tertangung

Berkurun lama pergi menjauh
Wajah kulihat di dalam mimpi
Kalau dah kasih sesama sungguh
Kering lautan tetap ku nanti.

Ayam disabung jantan dipaut
Jika ditambat kalah laganya
Asam di darat ikan di laut
Dalam belanga bertemu jua

Gunung tinggi dilitupi awan
Berteduh langit malam dan siang
Bila adik mengirimkan pesan
Hancur seluruh sendi abang

10 pernipuan besar israel

Israeli+Pirate+Ship 10 Penipuan Besar Tentang Israel


Wartawan Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.



 10 Penipuan Besar Tentang Israel
Michel Collon

Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara Zionis itu.

Penipuan itu adalah:

1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.

Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskanKongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.


Delegates at First Zionist Congress 10 Penipuan Besar Tentang Israel




Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.
Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.


2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi.

Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.
“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel, termasuk Shlomo Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku.
200 shlomo sand 200x0 10 Penipuan Besar Tentang Israel
Shlomo Sand
“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba.
“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya.
Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.
Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.
“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina negara,” katanya.


3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya.

Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.
Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.


4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela.

“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.
Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada dakwaan palsu berkenaan.
Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, sepertiBenny Morris dan Ilan Pappe.
“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.


Palestinian refugees 10 Penipuan Besar Tentang Israel
Warga Palestin dihalau secara besar-besaran pada 1948



800px SubaRuins 10 Penipuan Besar Tentang Israel
Perkampungan Palestin yang ditinggalkan

5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan.

Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar undang-undang, malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.
“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.
“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.
Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan manusia’.
“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.


6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel.

Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.
“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,” katanya.
AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.


7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin.


obama+bodoh 10 Penipuan Besar Tentang Israel




“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.
Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.
Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan menyokong mereka secara kewangan.
Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.


8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit.

Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel.
“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit, tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.
“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.


9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan.


media monkeys 10 Penipuan Besar Tentang Israel

Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.


10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin.

Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.
“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.
Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.
“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya.